Pameran 

 

Memperkasakan

 

Sekolah Kebangsaan

 

KPM

 

                  Pada 22 November 2007 (Khamis yang lalu), sekumpulan pelajar sebanyak empat orang yang merupakan ahli-ahli Kelab Kewartawanan dan PRS, kami telah menyaksikan Pameran Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bersama kami adalah Puan Mimma Sayuti dan Encik Syed Ahmad Thani. Puan Mimma Sayuti, merupakan seorang guru ICT dan EST di SMKS9 telah dianugerahkan Guru Inovasi dalam bidang ICT.  Manakala, Encik Syed Ahmad Thani merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan EST telah membimbing Kelab Kewartawanan sejak kelab ini ditubuhkan di sekolah kami. Sempena penganugerahan Guru Inovasi dalam bidang ICT kepada Puan Mimma Sayuti, sekolah kami telah dijemput untuk membuka suatu ruang pameran di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Selaras dengan pameran ini, kami mengambil inisiatif ini untuk mempromosikan amalan ICT dalam bidang pendidikan atau pembestarian. Antara bahan utama yang dipamerkan adalah aktiviti kewartawanan, blog dalam PNP, dan Pusat Rujukan Sumber SMKS9.

img_0300.jpg

 

—————————————————

 

“TrEES CLIMATE

 

CHANGE AND

 

BIODIVERSITY

 

PROGRAMME FOR

 

SCHOOLS 2007-2008″

 

                  Program Pertukaran Cuaca dan Biodiversiti untuk sekolah bagi tahun 2007 hingga 2008 anjuran TrEES (Treat Every Environment Organisation) merupakan salah satu program yang disertai oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam. Sebanyak 30 orang pelajar telah ditemuduga dan dipilih untuk mewakili sekolah kami dalam program ini dengan bantuan guru-guru. 30 orang pelajar ini telah menubuhkan sebuah kelab khas untuk program ini dengan gelaran ‘E-Team’.

                  Objektif program ini adalah untuk mendidik anak anak watan Malaysia dengan pengetahuan dalam bidang alam sekitar dan akibat proses globalisasi yang sedang giat membangun terhadap alam sekitar. Menerusi program ini, sekumpulan pelajar ini telah mengkaji serba sedikit tentang alam sekitar di Malaysia. Pemahaman dalam pengetahuan alam sekitar turut didalami selaras dengan objektif program ini. Pada permulaan program ini, para pelajar SMKS9 telah menyelidik tentang permasalahan yang dihadapi oleh warga-warga sekolah dari segi alam sekitar. Pelbagai kaedah telah digunakan dalam penyelidikan ini, seperti menemu ramah pihak pengurusan sekolah, mengkaji kawasan sekeliling, pemerhatian serta meneliti bil-bil elektrik dan air.

                  Peringkat yang seterusnya dilanjutkan dengan perancangan kempen alam sekitar yang diatur dan dianjurkan oleh 30 orang pelajar sendiri yang dipilih tersebut.  Kerjasama dan bantuan sesama ahli merupakan elemen yang sangat penting dalam perancangan kempen ini dan kejayaannya terletak dalam kesanggupan para ahli untuk berusaha sedaya upaya. Kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh E-Team ini bertemakan ‘Let It Be Green Day’. Suatu panji-panji telah diwarnakan dan ditayangkan di kawasan sekolah untuk mempromosikan kempen ini dalam kalangan para pelajar sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Karnival Mini, Pertandingan Menangkap Gambar, Pertandingan Merakam Video, ‘Explorace’, Pertandingan Mengumpul Suratkhabar Antara Kelas dan lain-lain lagi. Bagi mengumpul dana, ahli-ahli E-Team telah mengambil pelbagai langkah seperti menjual penanda buku yang dibuat sendiri, jualan baju E-Team, dan sebagainya.

                  Sebenarnya, program ini merupakan suatu pertandingan antara lima sekolah yang lain di Malaysia untuk meraih tempat pertama dalam program TrEES tersebut. Setiap sekolah diwajibkan untuk menghantar surat khabar lama ke Pusat TrEES bagi mendapatkan sejumlah 10 markah untuk pertandingan selama dua tahun ini. Sepanjang proses mengumpulkan surat khabar lama sebanyak dua tan ini, ahli-ahli E-Team telah menghadapi kesukaran atas sebab sekolah kami turut menyertai suatu Pertandingan Kitar Semula Anjuran MBSA. Dengan usaha dan semangat padu E-Team, akhirnya surat khabar sebanyak dua tan berjaya dikumpulkan.

                  Pada tahun hadapan, iaitu tahun 2008, E-Team akan menjalankan suatu ‘Pilot Project’ yang merupakan projek yang besar dan meluas. Ahli-ahlinya dikehendaki merancang suatu projek yang dapat diimplikasikan dalam kawasan sekolah untuk kegiatan seharian supaya kualiti alam sekitar di SMKS9 ditingkatkan dan dipelihara.

 

Logo E-Team

 

letitbegrndayfull.jpg

 

trees.jpg

 

—————————————————

 

JADUAL WAKTU

 

PEPERIKSAAN BERTULIS 

 

SPM 2007 

 

(hanya untuk subjek-subjek yang diambil oleh para pelajar Tingkatan 5, SMKS9)

12 November – Bahasa Melayu 1, Sejarah 1, Bahasa Melayu 2

13 November – Bahasa Inggeris 1, Bahasa Inggeris 2, Sejarah 2

14 November – Mathematics 2, Tasawwur Islam 1

15 November – Science 1, Science 2, Tasawwur Islam 2

16 November – English for Science and Technology 1 & 2

19 November – Pendidikan Islam 1 & 2, Literature in English

20 November – Additional Mathematics 1 & 2

21 November – Physics 1, 2 & 3

22 November – Chemistry 1, 2 & 3

23 November – Pendidikan Moral

26 November – Biology 1, 2 & 3

27 November – Lukisan Kejuruteraan, Ekonomi Asas 2

28 November – Pendidikan Seni Visual 2, Ekonomi Asas 1

29 November – Perdagangan 1 & 2, Prinsip Perakaunan 2

30 November – Prinsip Perakaunan 1

06 Disember – Information and Communication Technology

 

—————————————————

Pertandingan F1

 

Peringkat

 

Kebangsaan

 

 2007

 

 

Inilah ‘The Excaliburs’ dari SMK Seksyen 9 Shah Alam.

Dalam peringkat kebangsaan, mereka telah memenangi tempat ketiga.

Untuk maklumat selanjutnya, lawatilah www.f1inschools.com.my.

 

Team Leader and resource manager :
Acacia Mardiana Daud .

Design Engineer :
Kaiyisah Abu Saffian

Manufacturing Engineer :
Ahmad Zaki Ahmad Zuber

Graphic Designer :
Ili Syahirah Zainal Abidin

img_9356.jpg

img_9732.jpg

img_9477.jpg


13 Responses to “Berita Terkini”


  1. 1 acacia
    August 1, 2008 at 5:33 pm

    spm jadual tu cmfirm ??

  2. October 25, 2008 at 2:05 pm

    apew barang spm hahaha…

  3. 4 hafizan
    November 7, 2008 at 5:14 pm

    sekolah ni kat mana eh?

  4. 5 bobo
    December 4, 2008 at 8:18 pm

    kat atas bukit dkt ngan plaza masalam

  5. 7 Amalia
    August 4, 2009 at 1:26 am

    update pls:D

  6. 8 hamiza
    January 21, 2010 at 12:32 pm

    siot giler zaki and tah geng………heheqany way i tetep sokong my skowl 4ever..hehe.love ur all…

  7. 9 erfanz aezany
    January 21, 2010 at 12:35 pm

    helooooooooo..kow ne yar rigth?

  8. 10 mohammad naim
    April 5, 2010 at 10:30 am

    smks9 the best

  9. 11 hanis mohd
    August 21, 2010 at 8:40 am

    hello..ble nk update?? update plez :p

  10. April 11, 2016 at 11:38 am

    This is the perfect webpage for anybody who wants to
    find out about this topic. You know a whole lot its almost tough to argue with you
    (not that I really would want to…HaHa). You definitely put
    a fresh spin on a topic that’s been discussed for many years. Wonderful stuff, just great!

  11. September 12, 2017 at 5:50 pm

    I think everything typed made a bunch of sense. But,
    what about this? suppose you added a little content?

    I ain’t suggesting your information is not solid., but suppose you added a headline that grabbed people’s attention? I
    mean Berita Terkini | Kelab Kewartawanan SMK Seksyen 9 is
    a little plain. You might glance at Yahoo’s home page and watch how they
    create news titles to grab people interested. You
    might add a related video or a picture or two to get readers interested about
    everything’ve got to say. Just my opinion, it might make your blog a little bit
    more interesting.


Leave a comment




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket