Bagaimana menghasilkan video yang baik?

1. Semasa proses capturing

                  Kalau boleh capture video anda pada resolusi/bitrate yang tertinggi yang dapat dicapture oleh capturecard anda. Dalam hal ini saya mencadangkan capture dalam format mpeg 2 pada resolusi 720×576 (DVD format)dan pada bitrate sekitar 5 hingga 8 mbps atau yang lebih dari itu. Ini amat perlu kerana VCD adalah di dalam format video yang dikatogerikan dalam low resolution video format. JAdi jika anda convert ke VCD dari format video yang beresolusi lebih tinggi maka mpeg1 (VCD) anda lebih baik. Kalau boleh elakkan direct capture video anda terus ke format VCD walaupun capture card anda mampu melakukannya. Ini kerana kebanyakkan capturecard katogeri pengguna tidak mampu menghasilkan VCD yang baik jika direct capture ke format VCD melainkan jika anda menggunakan “high end” capture card terutama dari canopus, matrox dsbnya. Jika anda capture video anda dari sumber digital (MiniDV/digital 8 dsbnya) kekal capture dalam format ini. Ini bagi memastikan kualiti VCD pada tahap maksimum semasa conversion. Jika anda capture dari sumber analog gunakan cable S-Video (S-VHS) dari kamera anda ke capture card jika kamera dan capturecard anda mempunyai option ini. Ini kerana gambar yang dicapture dengan menggunakan cable S-video lebih baik dan warna lebih tepat jika dibandingkan dengan capture menggunakan cable composite (RCA cable – selalunya berwarna kuning).S-Video (S-VHS) cableApa yang sering terjadi ramai yang beranggapan bahawa VCD adalah dalam mpeg 1 maka mereka terus capture ke Mpeg1. Apa yang kita perlu kita ketahui bahawa mpeg 1 mempunyai beberapa variasi seperti bitrate, resolusi dan sebagainya. Untuk menghasikan mpeg 1 VCD kita mesti mematuhi standard (whitebook) atu VCD compliance. Untuk VCD mpeg 1 telah ditetapkan bagi memastikan keseragaman dan keserasian pada semua pemain VCD / DVD. Jika tidak pemain VCD/DVD tidak dapat mengenal mpeg 1 tersebut adalah VCD. Seperkara lagi kebanyakkan video encoder akan meng”encode” semula mpeg 1 anda ke mpeg 1 vcd. JAdi gambar akan menjadi lebih buruk.

2. Semasa proses editing.

                  Kalau boleh kekalkan format video semasa anda capture dalam proses editing. Ini penting kerana mungkin terdapat beberapa bahagian di dalam video mungkin ditambah kesan khas seperti transition, Picture-in-Picture dan sebagainya. Jika anda menggunakan format video berolusi rendah bahagian yang terdapat kesan khas akan di re-render semula. Ini akan menjejaskan kualiti gambar di bahagian tersebut jika anda convert ke VCD. Format video beresolusi tinggi juga penting bagi bagi memastikan final output contohnya VCD, dapat dihasilkan dengan baik iaitu tidak/kurang berpetak, lebih tajam dan jelas. Namun ia juga bergantung pada sumber asal sesuatu format video. 3. Semasa proses encoding/conversion

                  Terdapat dua katogeri perisian untuk covert ke video pilihan anda. Pertama di panggil “standalone” video converter/encoder dan kedua video editing software yang terbina video encoder/converter, Contoh standalone video encoder/convertor yang popular seperti Tsnamami Mpeg Encoder, MainConcept, Panasonic Mpeg 1 Encoder dan banyak lagi (refer di internet). Biasanya encoder ini mampu encode ke format video yang popular seperti VCD,DVD dsbnya. Video editing software yang popular adalah seperti Pinnacle Studio. Ulead Video studio, Vegas, Adobe pemiere Final Cut Pro (untuk MAc) dan banyak lagi. Di dalam perisian-persian ini selalunya terdapat encoder yang membolehkan anda encode ke format video kegemaran anda. Dalam hal ini anda perlu ketahui bukan semua video encoder adalah sama dari segi quality gambar video yang di encode. Begitu juga dengan perisian video editing. Video editing software yang baik tidak semestinya mempunyai encoder yang baik. Sebagai contoh adobe premiere, ia merupakan video edting yang baik tetapi apabila convert ke VCD gambarnya agak berpetak sedikit jika dibandingkan dengan Tsunami Mpeg Encoder dan tidak begitu menyokong sepenuhnya apabila kita edit selain dari format avi seperti mpeg 1 atau mpeg 2. Begitu juga dengan “standalone” video converter/encoder tidak semua menghasilkan quality yang sama. Sebagai contoh Maincocept Encoder. Ia adalah “standalone” video converter/encoder yang popular tetapi jika dibandingkan dengan Tsunami Mpeg Encoder quality video yang dihasilkan (terutama VCD), Main Concept Encoder tidak dapat menandingi Tsunami Mpeg Encoder.

Ciri-ciri Mpeg1 untuk VCD compliance

Resolusi: 352×288 (Pal – Eropah,Asia kecuali Jepun), 352×240 (NTSC – US,Jepun, Amerika selatan)
Bitrate: 1150kbps (1.15mbps) pada pad bitrate yang tetap (Constant Bitrate – CBR)
Frame Rate: 25 frame per second (fps) untuk PAL dan 29.97 fps yntuk NTSC
Audio format: Mpeg1 pada 224Kbps @ 44.1 kHz
Scanning mode: de-interlaced (progressive scan)

Namun anda tidak perlu risau kerana kebanyakkan video encoder menyediakan setting khusus (template) untuk convert ke format tertentu tanpa perlu membuat setting secara manual.

Perhatian: Anda boleh configure bahagian tertentu dalam sestengah video encoder seperti, sharpness, brightness dan sebagainya dengan menggunakan “filter” tertentu seperti yang terdapat didalam Tsunami Mpeg encoder atau di dalam perisian Video editing anda tetapi jangan ubah spesifikasi khas VCD. Ini kerana spesifikasi ini telah ditetapkan untuk VCD. Jika anda mengubah spesifikasi ini ini kemungkinan besar VCD anda tidak dapat dibaca oleh VCD/DVD player atau video encoder akan meng”encode” semula mpeg 1 anda ke VCD compliance. Jika format asal video anda dalam PAL kekalkan PAL semasa encode ke VCD begitu juga dengan format NTSC.

Persoalannya bagaimana cara terbaik untuk menghasilkan VCD yang baik?

Sebenarnya anda beberapa teknik. Jika sumber asal anda dalam format DV (avi) anda haruslah mengekalkan format ini semasa capture, semasa editing dan semasa anda membuat pre -final output. Pre-final output bermaksud anda mengekalkan format asal selepas melakukan editing. Contoh anda akan savekan hasil kerja editing anda kembali ke format DV (Avi). Selepas itu baru barulah anda encode semula ke format VCD dengan menggunakan “standalone” video converter/encoder. Contoh standalone video encoder/convertor yang popular seperti Tsnamami Mpeg Encoder, MainConcept, Panasonic Mpeg 1 Encoder dan sebagainya. Teknik ini selalu menghasilkan VCD yang terbaik. Namun teknik ini agak memakan masa kerana anda perlu save avi (DV) sekali lagi ke format DV. Ia juga memakan ruang hardisk yang besar. Kedua masa juga di ambil untuk convert ke VCD. Cara ini hanya praktikal jika anda savekan semula ke format DV avi. Jika anda menggunakan format mpeg2 dan sebagainya, anda perlu setkan di video editor anda ke setting sepertimana anda setkan semasa capturing. Jadi semasa anda membuat Pre-final output video editor hanya akan render mana-mana bahagian yang mengalami perubahan. Ini dipanggil “smart rendering”. Jika tidak video encoder pada video editor akan re-render mpeg2 anda mengikut apa yang ada di dalam template. Namun begitu tidak semua video editor yang mempunyai ciri-ciri sedemikian dan tidak semua “standalone” video converter/encoder menyokong mpeg2 semasa encoding. Sebagai contoh Tsunami Mpeg Encode versi 2.5 hanya menyokong format DV (avi) untuk encode ke VCD. Anda perlu menambah mpeg2 plugin pada software ini untuk membolehkan Mpeg2 dienconde ke VCD. Kecuali versi terbaru Tsunami Xpress 3.00 yang berkeupayaan mengencode VCD dalam format mpeg 2 dan lain-lain format.

Kedua dengan cara mengencodekan video anda selepas anda membuat editing di dalam video editor sendiri. Cara ini lebih di sukai kerana anda boleh terus format ke VCD dengan menggunakan encoder yang tersedia ada pada video editor tersebut. Ini menjimatkan masa dan menjimat ruang hardisk. Namun hasilnya tidak sama seperti VCD dengan menggunkan cara di atas kerana seperti yang saya katakan tadi tidak semua video editor merupakan video encoder yang baik. Namun terdapat beberapa video editor yang boleh dikatakan baik seperti Pinnacle Studio, Ulead Media Studio Pro yang mana dapat menghasilkan VCD yang baik walaupun tidak sebaik menggunakan cara pertama tadi.

Convert secara terus semasa capturing dengan menggunakan video capturecard. Cara ini paling cepat dan paling mudah. Ia seolah -olah seperti anda merakam rancangan TV ke pita video. Namun cara terdapat kekurangan kerana kebanyakkan capture untuk pengguna biasa kualiti yang dihasilkan tidak begitu baik terutama jika capture ke format VCD. Kualiti juga banyak bergantung pada sumber asal. jika anda capture dari sumber seperti VHS hasil lebih buruk jika dibandingkan jika anda capture dari sumber DV misalnya. Namun terdapat capturecard yang baik untuk direct conversion tetapi selalunya mahal dan tidak sesuai untuk pengguna biasa yang hanya menjalankan aktiviti video editing secara hobi dan bermusim.

Jadi dalam hal ini saya mencadangkan gunakan cara kedua jika anda ingin mengencode video anda ke VCd sekiranya anda kekurangan masa dan tidak mempunyai ruang hard disk yang besar. Untuk mengasilkan VCD lebih baik atau anda seorang yang particular soal qualiti gunakan cara pertama jika anda mempunyai banyak masa dan mempunyai ruang harddisk yang besar.

Spesifikasi asas dalam video editing (Pengguna PC)

Gunakan Windows NT, 2000, XP ini kerana OS ini menyokong sistem fail NTFS dan lebih stabil berbanding Windows 95,98, ME yang hanya menyokong sistem fail FAT32 dan kurang stabil. Dari pengalaman saya jika anda formatkan h/disk anda ke FAT32 sebarang fail lebih daripada 4 gigabyte akan dipecah-pecahka kepada beberapa fail yang berasingan. Sebagai contoh jika anda capture / savekan fail video yang besar contoh 6 gigabyte, maka akan terhasil dua fail video yang berasingan, satu 4 gigs dan satu lagi 2gigs. Ini amat tidak sesuai jika anda capture dalam format DV yang mana failnya memakan ruang sebanyak lebih kurang 13 gigs.

Harddisk yang besar. Hardisk yang besar amat perlu kerana video editing memakan ruang yang banyak terutama jika dicapture / encode dalam format format DV. Jika perlu buat pembahagian (partiton) terhadap h/disk anda, pertama untuk OS dan program dan partition yang kedua untuk video fail. Dan terbaik gunakan h/disk yang bersingan secara fizikal.

Memori yang mencukupi. Walapun anda yang beranggapan memory sebanyak 256MB sudah mencukupi tetapi jika boleh gunakan memory sebanyak 512MB ke atas untuk menjamin kelancaran proses editing dan encoding .

Gunakan pc yang mempunyai kuasa pemprosesan yang baik. Cadangan saya gunakan dari P4 1.7 ke atas bagi menjamin kestabilan dan masa encoding yang lebih pantas.

Bagaimana menentukan masa mpeg 1 VCD

Oleh kerana VCD hanya mampu disimpan selama lebih kurang 1 jam 10 minit Kadang kala kita terpaksa mengira-ngira berapa saiz mpeg 1 yang sesuai untuk dimuatkan di dalam satu CD. Oleh kerana bitrate VCD pada kadar tetap maka dengan mudah kita dapat mencongak berapakah saiz atau masa yang paling sesuai untuk dimasukkan ke dalam satu CD. Secara umumnya saiz 600 mb mpeg1 VCD adalah lebih kurang 60 minit panjangnya sesuatu VCD . Jadi jika 700MB masa mainan sesuatu VCD adalah lebih kurang 1 jam 10 minit. Tetapi paling selamat jadikan panjang masa permainan VCD anda lebih kurang 1 jam 5 minit atau lebih kurang 650 MB. Sebenarnya anda boleh burn VCD anda hingga ke 1 Jam 20 minit seperti yang pernah saya lakukan dengan menggunakan teknik “overburned” iaitu melebihi tahap yang dibenarkan tetapi pada penghujung masa VCD anda itu akan menjadi tersangkut-sangkut atau tersekat-sekat.

Tips untuk ” burn VCD”

Kita selalu dapati kebanyakkan CD-writer di pasaran sekarang mempunyai kelajuan sehingga 52x. Namun apakah perlu kita menggunakan kelajuan yang maksima untuk menghasilkan VCD.

Untuk VCD atau juga Audio CD kelajuan yang terlalu tinggi akan menyebabkan beberapa masalah seperti tersangkut-sangkut atau tersekat-sekat atau kelihatan berpetak di bahagian tertentu pada VCD yang kita hasilkan. Jadi bagaimana cara menentukan kelajuan paling sesuai.

Walupun cara teknik pengiraan ini adalah teknik yang umum namun anda boleh mencuba untuk menghasilkan VCD yang di “burn” tanpa masalah.

Katakan kelajuan CD-writer anda 48x dan CD-R anda 52x. Jadi kita ambil 48+52 = 100. Jadi purata kelajuan adalah 50x. Jadikan separuh dari purata kelajuan ini. Maka 50/2=25. Jadi kelajuan 25X adalah maksimum untuk anda burnkan VCD / CD Audio tanpa sebarang masalah. Namun jika anda masih ragu gunakan angka yang lebih rendah dari nilai tersebut iaitu di antara 4X hingga 16X.

Selamat mencuba.

Diambil dari http://planet.time.net.my/


0 Responses to “Laman Belajar”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: